Powered By Blogger

Wednesday, 28 May 2014

(التدخين) Merokok

Hari ini kita belajar Bahasa Arab dan Terjemahan melalui cerita la ye..santai2 saja... kali ini kisah tentang tabiat merokok pula...sangat menarik....

Selamat menonton =)



~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~

Saturday, 10 May 2014

SERBA SEDIKIT MENGENAI NAHU & SOROF (النحو والصرف)


Isi kandungan Nahu adalah seperti berikut (asas): 

1. Jumlah dan kalimah serta pembahagiannya 
2. Mabni(مبنى) dan Mu’rab (معرب) – Bina’ dan I’rob 
3. Kalimah-kalimah yang di rafa’kan (ejaan Arab = ra’-fa’ -`ain) 
4. Kalimah-kalimah yang dinasabkan 
5. Kalimah-kalimah yang dijazamkan 
6. Kalimah-kalimah yang dijarkan 

 

Keenam-enam (lebihkurang) tajuk besar ini ada dimuatkan di dalam sebuat kitab yang sangat baik serta banyak digunakan hingga kini, iaitu kitab – Matan al-Jurimiyah. Dahulu, kitab ini telah dijadikan teks asas di kebanyakan pusat Pengajian Islam. Malahan, mereka diwajibkan menghafaznya. Saya kira untuk menghafaznya memerlukan masa dalam 2 atau tiga hari atau kurang. Kerana bagusnya kitab ini, sehingga telah tersebar kata-kata berikut: 

"Barangsiapa yang menghafaz matan al-Jurumiah, wajib alim." 




 

Untuk subjek sorof pula ialah antara isi kandungannya ialah: 

Menghafaz dan memahami pecahah kalimah-kalimah arab
Gambaran Mudah 



Apa itu Nahu dan Sorof? 

Nahu:

Kita lihat kalimah-kalimah arab, dan perhatikan baris akhirnya… Perkataannya sama tetapi pada suatu tempat kita lihat huruf akhirnya berbaris atas (fathah), pada ketika lain ia berbaris bawah dan seterusnya.. 

Contoh: 

Lihat huruf akhir kalimah Muhamad pada tiga contoh di bawah: 


ZAHABA MUHAMMADU
DARABA HASANUN MUHAMMADAN
AKHAZAHU FARIDU MIN MUHAMMADIN





Baris akhir dari dua lafaz dari tiga contoh di atas bukan boleh di baris sembarangan. Ada peraturan dan undang-undangnya. Kalau ia berada dalam keadaan ini, mesti dibaris depan, kalau dalam keadaan yang lain hendaklah dibaris atas.. .Begitulah seterusnya. 

Bagaimana cara hendak mengetahui keadaan-keadaan tersebut? Keadaan bagaimana ia perlu dibaris depan, atas dan bawah atau mati (sukun)? Ya.. Di sinilah perlu kita mempelajari ilmu Nahu. Di dalamnya kita akan mempelajari peraturan-peraturan membariskan baris akhir… 



Di bawah ini saya berikan contoh asas peraturan itu, di mana saudara/saudari akan mendapati bahawa nahu itu amat mudah. Semua orang boleh memahaminya: 

Kita lihat kembali contoh di atas:

Contoh 1: 

Muhamad telah pergi 
Makna: Zahaba – Telah pergi Pada contoh ini, baris huruf akhir lafaz Muhamad hendaklah dibariskan dengan dhommah (depan). Mengapa?? Begini, pada contoh Muhamad telah pergi (terjemahan asal=Telah pergi muhamad). Telah pergi (zahaba) adalah pebuatan. Sedangkan Muhamad adalah orang yang melakukan perbuatan. Orang yang melakukan perbuatan di dalam Nahu disebut dengan istilah Fa’il. Dan, setiap fai’il hendaklah dibariskan dengan dhommah. Itulah sebabnya mengapa huruf akhir lafaz Muhamad dibaris depan.

Mudah Bukan? 



Contoh 2: 
Hasan telah memukul Muhamad 
Makna: Daraba hasanun – Saya telah memukul (Melayu klasik=Telah memukul oleh saya)

Telah memukul adalah – Perbuatan 

Hasan – (Fa’il) Orang yang melakukan perbuatan (pukul) - Lihat huruf akhir di baris depan!!!

Muhamad – orang yang terkena perbuatan (pukul)

Hasan sebagai Fai’l (yang melakukan perbuatan), perlulah dibaris depan.
Manakala Muhamad adalah orang yang terkena perbuatan – orang yang kena pukul. Di dalam Nahu, yang terkena perbuatan disebut sebagai Maf’ul Bih. Menurut kaedahnya, setiap lafaz yang menjadi maf’ul bih hendaklah dibaris atas. Oleh itu lafaz muhamad hendaklah dibariskan atas…

Mudah juga bukan…?? 

 

Contoh 3: 
Farid mengambilnya dari Muhamad 
Makna: Akhazahu – mengambilnya 
Min – Dari / daripada Akhazahu – Perbuatan (Fi’il) 
Farid – Orang yg melakukan perbuatan (fai’il) mengambil
Min – Disebut sbg huru JARR
Muhamad – terletak selepas huruf jarr, disebut sebg MAJRUR.
Lafaz (Farid), oleh kerana ia terletak di tempat fa’il (yg melakukan perbuatan), maka kita bariskan depan.
Lafaz (Min), adalah huruf Jarr. Huruf jarr ini fungsinya ialah membariskan huruf akhir lafaz selepasnya dengan baris bawah.
Lafaz (Muhamad) pula, terletak selepas huruf jarr (min). Maka lafaz (Muhamad) hendaklah dibariskan dengan baris bawah.
Lagi mudah kan???? SOROF pula….. 

 



Ilmu sorof juga mudah. Kalau Nahu adalah ilmu bertindak mengawal baris huruf akhir agar ia sentiasa dibariskan dengan betul, sorof pula ialah ilmu yang mengawal baris huruf sebelum akhir. Contoh: Lafaz: Muhammad
Huruf akhir lafaz ini adalah (dal) – Baris huruf ini dikawal Nahu.
Huruf sebelum akhir ialah (Mim), (Ha), (Mim) – Baris huruf-huruf ini dikawal oleh Sorof. 



wallahualam..


~ Nurul Huda Mansor (A144982)~
~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970)~ 

Sunday, 4 May 2014

SELAMAT MEMBACA SEMUA... SEMOGA BERMANFAAT... ;)
 

Untuk membuat cerita pendek dalam bahasa Arab, tentu saja terlebih dahulu kitA harus memahami pola kalimat dasar dalam bahasa Arab. Setelah itu, kita bisa melakukan dua langkah berikut:
1.  Tentukan tema cerita.
2.  Sebutkan ISIM & FI’IL yang ada kaitannya dengan tema cerita.
Misalnya kita ingin membuat cerita tentang SEBUAH KAMAR. Maka terlebih dahulu kita kumpulkan ISIM dan FI’IL yang berkaitan dengan kamar. Seperti misalnya:
ISIM: Ranjang, kasur, bantal, lampu, meja, kursi, kipas angin, dll.
FI’IL: Tidur, duduk, belajar, membaca,….dll.

Berikut ini sekedar contoh:

في الغرفة

الغرفة واسعة. في الغرفة سريركبير. على السرير الكبير فراش نظيف و وسادة جميلة. نام علي و زيد على الفراش ليلا.

علي و زيد من جاكرتا. علي طالب في المدرسة و زيد طالب في الجامعة.

الآن يجلس علي على الكرسي و يجلس زيد على السرير. يكتب علي رسالة و يقرأ زيد مجلة.

في الغرفة مروحة صغيرة. المروحة أمام علي.  وضع علي المروحة على المكتب.

DI KAMAR..
Kamar itu luas. Di dalam kamar ada sebuah katil yang besar. Di atas katil yang besar itu ada sebuah cadar yang bersih dan bantal yang bagus. Ali dan Zaid tidur di atas cadar itu pada malam hari.
Ali dan Zaid berasal dari Jakarta. Ali adalah siswa di sekolah dan Zaid adalah mahasiswa di universiti.
Sekarang Ali sedang duduk di atas kerusi dan Zaid sedang duduk di atas katil. Ali sedang menulis surat dan Zaid sedang membaca majalah.
Di dalam kamar ada kipas angin yang kecil. Kipas angin itu berada di depan Ali.  Ali meletakkan kipas angin itu di atas meja.

Semoga bermanfaat...
BY NURUL HUDA MANSOR.. (A144982)