Powered By Blogger

Saturday, 29 March 2014

أداوات الاستفهام (KATA TANYA)

Sangat kreatif..mari kita berkenal-kenalan dengan Kata Tanya
Lepas ini mesti boleh terus ingat dan sudah boleh cakap Bahasa Arab sikit-sikit kan.... 
Selamat mencuba!! =)


 


~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~

Saturday, 22 March 2014

Pelajaran dalam Menterjemah - Kata Benda


Assalamua'laikum
Kata benda (nominal) adalah kata atau frasa yang menunjukan kepada jenis atau nama benda, baik yang bernyawa seperti orang, binatang, dan tumbuhan, mahupun benda yang tidak bernyawa seperti benda, tempat, dll.

Contoh :
محمد = Muhammad, علي = Ali
قط = kucing, كلب = anjing
مكة = Mekah, عرب = Arab
استثمار = Investasi                     
السيوعية = Komunisme 
رجل = laki-laki, مراءة = perempuan
الحق = kebenaran,
كتابة = tulisan, قراءة = bacaan
dan lain-lain.
Seperti yang telah kita pelajari dalam proses terjemahan, kita akan menemukan kata yang mempunyai erti kamus dan kata yang tidak mempunyai erti kamus.
 
Perkataan yang mempunyai erti kamus misalnya kata كلب , ثقافة , dan lain-lain di mana kita harus minimal membuka kamus untuk mengetahui erti atau maknanya.
Sebaliknya bagi kata nama seperti محمد , علي , atau مكة , kita tidak perlu membuka kamus untuk mengetahui ertinya. Kita hanya cukup memindahkan huruf dan bunyinya dalam tulisan Latin. Contohnya kata علي , cukup sekadar  kita terjemahkan dengan kata ‘Ali’ saja.
Walau bagaimanapun perkataan القاهرة atau الإسكندرية diberi pengecualian. Dimana kata القاهرة atau الإسكندرية tidak langsung diterjemahkan dengan al-qohiroh dan al-iskandariyah, tetapi perlu diterjemahkan kepada Kairo (Cairo) dan Alexandria.

Dengan banyak berlatih, insya Allah kita boleh meterjemahkan kata-kata benda di atas dengan baik.


~ Nurul Huda Mansor (A144982) ~
~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~

Saturday, 15 March 2014

الأسم (Kata Nama)

Kali ini kita belajar kata nama (الأسم ) Bahasa Arab bersama terjemahannya.. Sekadar berkongsi ilmu.. =)



~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~

Thursday, 13 March 2014

Institut Terjemahan Negara Malaysia

 

 

          Assalaamualaikum w.b.t....Pada entri kali ini,rasanya tidak terlewat lagi untuk kita terokai sedikit maklumat mengenai Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kita berkenalan dahulu dengan institut terjemahan yang ada di negara kita yang aman dan makmur ini.

 

         Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ialah Syarikat Berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia. Modal syer syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.

 

        Misi ITNM ialah untuk memupuk bahasa Melayu sebagai perantara pemikiran dalam bidang kebudayaan, sains, dan teknologi, melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:

  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.

  • Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.

  • Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-bahasa yang lain.

  • Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa. - Sumber dari Wikipedia -...=)

     

      Pengerusi Lembaga Pengarah institut ini ialah : YB Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh.- Sumber dari Wikipedia -...=)

    Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif institut ini ialah : Mohd Khair Ngadiron...- Sumber dari Wikipedia -...=)

     

     ok...inilah serba sedikit mengenai institut terjemahan di negara kita. Diharap entri ini dapat memberi sedikit ilmu mengenai Institut Terjemahan Negara Malaysia(ITNM). 

    Sekian terima kasih...=)

     

    SEMOGA BERMANFAAT,

    BY NURUL HUDA MANSOR.. (A144982) ;)

Wednesday, 12 March 2014

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT....
DIHARAP DAPAT BERSABAR DALAM MENUNGGU POST2 KAMI YANG TERBARU... SMILE... ~ ;)

Salam ukhuwah dan salam mahabbah kami ucapkan kepada pembaca-pembaca blog kami.

Semoga setiap intipati yang dimuatkan di dalam blog ini mengenai ilmu Terjemahan Bahasa Arab dapat memberi antum sedikit manfaat dan ilmu.

Kami memohon sejuta kemaafan seandainya coretan-coretan kami ini tidak sesempurna dan seilmiah yang antum harapkan. Untuk pengetahuan semua, ini adalah percubaan pertama kami dalam penghasilan blog.Dengan rendah diri kami memohon maaf sekali lagi atas kekurangan dan kami akan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang buruk semuanya dari kesilapan kami sendiri.

Akhir kalam,
Diharap sahabat-sahabat dapat memperolehi sesuatu dari sini meskipun sedikit. Amin
          
Terima kasih kerana mengikuti blog ini.
Semoga bermanfaat,


Ikhlas dari kami,
Huda Mansor & Nur Jehan









TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Jom berkenalan dengan bloggers 

jehanhuda.blogspot.com





 ~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~

Tuesday, 11 March 2014









SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

  jehanhuda.blogspot.com


     Pasti ramai tertanya-tanya blog apa ini?? Untuk pengetahuan semua, blog ini adalah blog yang dicipta khas bagi menyampaikan ilmu Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu buat pembaca-pembaca blog di luar sana.

      Untuk mengetahui lebih lanjut, mari baca objektif penubuhan blog ini:





























      Kami juga berusaha mengubahsuai blog ini supaya kelihatan kemas dan teratur serta menggunakan warna-warna yang lembut (sesuai dengan kami yang berjiwa lembut =) seperti yang disarankan oleh Pensyarah kami (Dr. Maheram Ahmad) supaya pembaca-pembaca blog mampu fokus kepada entri- entri yang hendak kami sampaikan.


              Untuk pengetahuan semua, kami masih baru dalam dunia blogging ini dan ini adalah blog yang pertama dari kami. Ucapan terima kasih khas ditujukan buat kedua-dua pensyarah kami yang telah mengajar Kursus Terjemahan Arab - Melayu -Arab dan menjadikan blog ini sebahagian dari kerja kursus kami. Sejujurnya, tanpa kerja kursus ini, mungkin kami tidak akan terlibat dengan dunia blog ini. Dari sini, kami mula belajar dan terus belajar menjadi celik IT.





            Insyaa Allah, kami akan meneruskan usaha menyebarkan ilmu Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu ini walaupun telah habis penilaian dilakukan. Ini hanyalah permulaan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sahabat-sahabat dan kenalan yang sudi mengikuti perkembangan blog kami.

                  Jangan lupa teruskan kesetiaan anda bersama kami hanya di 
jehanhuda.blogspot.com !! =)



~ Nur Jehan Abdul Salam (A144970) ~
~ Nurul Huda Mansor (A144982) ~