Powered By Blogger

Thursday, 13 March 2014

Institut Terjemahan Negara Malaysia

 

 

          Assalaamualaikum w.b.t....Pada entri kali ini,rasanya tidak terlewat lagi untuk kita terokai sedikit maklumat mengenai Institut Terjemahan Negara Malaysia. Kita berkenalan dahulu dengan institut terjemahan yang ada di negara kita yang aman dan makmur ini.

 

         Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) ialah Syarikat Berhad yang diasaskan pada 14 September 1993 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara Malaysia. Modal syer syarikat ini dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia, manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.

 

        Misi ITNM ialah untuk memupuk bahasa Melayu sebagai perantara pemikiran dalam bidang kebudayaan, sains, dan teknologi, melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:

  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.

  • Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.

  • Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-bahasa yang lain.

  • Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa. - Sumber dari Wikipedia -...=)

     

      Pengerusi Lembaga Pengarah institut ini ialah : YB Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh.- Sumber dari Wikipedia -...=)

    Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif institut ini ialah : Mohd Khair Ngadiron...- Sumber dari Wikipedia -...=)

     

     ok...inilah serba sedikit mengenai institut terjemahan di negara kita. Diharap entri ini dapat memberi sedikit ilmu mengenai Institut Terjemahan Negara Malaysia(ITNM). 

    Sekian terima kasih...=)

     

    SEMOGA BERMANFAAT,

    BY NURUL HUDA MANSOR.. (A144982) ;)

No comments:

Post a Comment